Perutusan Ketua Eksekutif
Penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) merupakan satu tanggungjawab besar dalam melaksanakan sistem pendidikan tinggi bersepadu yang lebih sistematik bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan berketrampilan serta mampu mendepani arus cabaran untuk turut sama memainkan peranan dalam pembangunan ummah. Ia merupakan satu wawasan yang tinggi dan murni ke arah melahirkan generasi muslim yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.
Bagi memastikan kecemerlangan pembangunan akademik dan meletakkan martabat Kolej setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain, maka usaha mempertingkatkan kemampuan akademik tenaga pengajarnya diberikan perhatian utama.
Di KIAS, kami percaya bahawa pendidikan yang mantap dan berkualiti serta mempunyai tasawwur yang benar-benar berlandaskan konsep keislaman akan dapat melahirkan nilai-nilai yang hebat dan cemerlang serta universal dalam melahirkan generasi yang berwibawa.
Adalah diharapkan semoga KIAS bukan saja akan terus menjadi kebanggaan masyarakat negeri Kelantan, malah ianya turut mengukir nama sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu yang berwibawa di rantau ini.
PROF. DR. AB AZIZ BIN MOHD ZIN