IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

 

 

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman bagi mengisi kekosongan jawatan di KIAS. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut :

 

 

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR NK 17

 

  1. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Sokongan
  2. Taraf Jawatan : Kontrak
  • Gaji : RM928.13 – RM2828.00
  1. Syarat Kelayakan:
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

DAN

  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 >>> MUAT-TURUN BORANG <<<

 

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

 

PENDAFTAR

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

KM 12, Jalan Kuala Krai

Peti Surat 68, Nilam Puri

15730 Kota Bharu

KELANTAN

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 OGOS 2018.

BULETIN MEI 2018
 
PENSYARAH KIAS JOHAN TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA 2018.

Tarikh : 7 - 12 Mei 2018

KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia, diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60, malam ini.

Abdullah Fahmi Che Nor memperoleh 92.09 markah, manakala Suhailah Zulkifly mendapat 92.05 markah.  Kemenangan itu membolehkan mereka membawa menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.  Qari dari Iran, Mokhtar Dehghan Estajroudi mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Salah Eddine Haissam (Algeria).

Qariah dari Indonesia, Khamisatudduha Abdul Wahab menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Widadul Wahidah Mahamod (Singapura).  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan.  MTHQA Ke-60 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 7 hingga 12 Mei dan membabitkan penyertaan 87 negara termasuk Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

 

 

BULETIN APRIL 2018
 
MAJLIS MENANDATANGANI MoU KIAS DENGAN CHARITY FOUNDATION FOR RELIEF NARATHIWAT, THAILAND DAN LAWATAN KE SEKOLAH.

Tarikh : 10 April 2018
Tempat  :

1.  Institut Attarkiah Islamiah di Narathiwat, Thailand. (Lawatan Ke sekolah)
2.  Charity Foundation For Relief di Narathiwat, Thailand (Majlis Menandatangani MoU dengan KIAS)

Tujuan kerjasama dengan Charity Foundation for relief adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar Thailand yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam ilmu-ilmu Islam di negeri Kelantan khususnya di KIAS. Manakala Lawatan ke Institut Attarkiah Islamiah di Narathiwat, Thailand pula untuk bertukar pandangan tentang pendidikan agama di samping mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

 

 

BULETIN APRIL 2018
 
LAWATAN MUALAF DARI SARAWAK KE KIAS 2018.

Tarikh : 12 April 2018
Tempat : KIAS
Tujuan :

Bagi melihat peluang tawaran pengajian yang terdapat di KIAS serta mengeratkan hubungan silaturahim dengan institusi pengajian islam yang terdapat di Malaysia.

 
BULETIN APRIL 2018
 
PENSYARAH KIAS JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2018.

Tarikh : 1 - 6 April 2018

PUTRAJAYA: Qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifly muncul johan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), malam tadi.

Abdullah Fahmi yang mengumpul 87.50 peratus markah dan Suhailah (84.34 peratus), masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000; sebuah kereta PROTON Ertiga; piala iringan; tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 7 hingga 12 Mei depan.  Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.  Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.  Dalam pada itu, tempat kedua Tilawah al-Quran dimenangi qari Melaka, Azraie Abd Hak (86.67 peratus) dan qariah Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar (84 peratus).  Mereka membawa pulang RM10,000 dan tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan Haji; cenderamata dan sijil penyertaan.  Tempat ketiga dimenangi qari dari Perak Dr Anuar Hasin (86.66 peratus) dan qariah Terengganu Norhidayah Abd Rahman (83.66 peratus).  Mereka membawa pulang RM7,500; tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan Haji; cenderamata dan sijil penyertaan.