FALSAFAH & MATLAMAT

 

 

FALSAFAH :
 
      Percaya bahawa semua manusia mempunyai bakat, minat dan kecenderungan dan jika diasuh, dididik dan dilatih dengan sempurna melalui pemindahan ilmu pengetahuan dari mana-mana kebudayaan atau tamadun di dunia secara terbuka serta melalui pemindahan dan penerapan nilai-nilai Islam, mereka boleh berperanan dalam membangun diri, masyarakat dan negara.
 
 
MATLAMAT :
 
  • Melahirkan graduan yang berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia untuk menghadapi cabaran semasa melalui sistem pendidikan yang berpaksikan Tauhid.
  • Melahirkan graduan yang seimbang dan sepadu dari segi rohani dan akal serta bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan penuh dedikasi.
  • Melibatkan diri dalam pengembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang selaras dengan Islam.