Kursus Muet

 

MUQADDIMAH
 

Salah satu syarat kemasukan belajar di IPTA ialah pelajar lepasan SPM dan lain-lain lepasan diwajibkan lulus peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia.

Terdahulu ramai pelajar telah menduduki peperiksaan ini tetapi sebahagian besar gagal mencapai tahap kelulusan yang melayakkan mereka ke IPTA iaitu paling minima mencapai Level 3. Disebabkan tanpa bimbingan dan persediaan rapi apabila mengambil MUET pelajar tertekan untuk mendapatkan keputusan yang baik. Memandangkan hakikat ini seakan menjadi tanggungjawab KIAS mewujudkan peluang belajar bagi sesiapa yang berminat serta memberi harapan yang positif lulus peperiksaan MUET dan seterusnya merealisasikan hasrat mereka ke IPTA tempatan.

Kursus ini dijalankan 2 kali setahun selaras dengan penjadualan peperiksaan MUET iaitu pada bulan Mei dan Oktober. Selain dari pelajar KIAS, kursus ini juga dibuka kepada orang awam termasuk pelajar persendirian.

 
OBJEKTIF
 

Melalui kursus ini diharapkan para peserta dapat mencapai objektif-objektif berikut:

  • Membuat persediaan menduduki peperiksaan MUET dengan lebih terancang serta berkeyakinan lulus dengan baik.
  • Mendapat bimbingan professional untuk memantapkan pengetahuan dan penggunaan Bahasa Inggeris serta menguasai teknik menghadapi peperiksaan.
  • Menggalakkan peserta berinteraksi dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Mewujudkan semangat dan budaya berdaya saing di kalangan peserta kearah kecemerlangan
 
KANDUNGAN KURSUS
 

Kursus ini dilaksanakan sepenuhnya berasaskan sukatan kurikulum yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran:

Modul 1
Listening
Modul 2
Speaking
Modul 3
Reading and Comprehension
Modul 4
Writing
 
TEMPOH KURSUS
 

Kursus ini dijalankan dalam dua sesi iaitu pada tempoh 5 bulan bagi setiap sesi. Jumlah jam bagi setiap sesi ialah 80 jam. Modul 1 hingga 4 akan diajar dalam setiap sesi iaitu:

Sesi I
November
Sesi II
Mei
 
WAKTU KULIAH
 

Peserta boleh memilih antara dua sesi dan kuliah bagi setiap sesi akan diadakan pada hari-hari dan waktu berikut:

Jumaat
9.00 a.m - 11.00 a.m
Sabtu
9.00 a.m - 11.00 a.m

Kuliah akan bermula seperti berikut:

Sesi I
(Jumaat) November
Sesi II
(Jumaat) Mei
 

TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang berkelayakan serta berpengalaman luas dalam pengajaran Bahasa Inggeris terdiri dari:

  1. A. Rahman b. Ramli
    BA (Hons) University Malaya
    MSc. Sosiology of Education
    London School of Economics
    University of London
  2. Nur Azwani bt Mansor @ Nordin
    BA (Hons) Human Science
    International Islamic University Malaysia (UIAM)
    Kuala Lumpur.
    MA in Education,
    Open University Malaysia.
 

YURAN

 
Bayaran yuran yang dikenakan ialah RM 500.00 bagi pakej 5 bulan serta yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00. Semua yuran hendaklah dijelaskan sebelum mengikuti kursus. Peserta boleh memohon untuk membayar yuran pengajian dengan cara dua kali bayaran dengan syarat membayar RM 260.00 semasa mendaftar dan baki RM 250.00 dijelaskan pada bulan ketiga pengajian.
 
 
 -- TAMAT --