UNIT SEKRETARIAT

 

PENGENALAN

Sekretariat telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Jun 2016 yang ditukar nama daripada Unit Dokumentasi. Puan Nurasyikin binti Norudin dilantik sebagai Sekretariat, Bahagian Korporat.

FUNGSI

  1. Membantu KPK dalam urusan pentadbiran pejabat.
  2. Menyelaras urusan pentadbiran mengikut program-program yang dibuat oleh setiap unit di Bahagian Korporat.
  3. Memastikan minit mesyuarat dikeluarkan bagi setiap mesyuarat samada di peringkat Pengurusan Bahagian Korporat mahupun Jawatankuasa Bahagian Korporat.
  4. Menganjurkan bengkel penulisan pensyarah bagi tujuan penghasilan buku-buku yang akan diterbitkan oleh Unit Komersial.