Info Bahagian Korporat

 

PENGENALAN

Bahagian Korporat KIAS yang telah ditubuhkan pada tahun 2012, merupakan satu unit khusus dalam organisasi pentadbiran KIAS. Pelbagai program telah dibuat dan dirangka oleh Bahagian Korporat KIAS bagi merealisasikan misi dan visi KIAS. Bahagian Korporat juga bergerak di barisan hadapan jentera KIAS dalam mempromosikan KIAS ke mata masyarakat luar. Bahagian Korporat turut sama menjana dan menyumbang pendapatan tambahan yang signifikan dan berterusan kepada KIAS. Terdapat 6 unit di bawah Bahagian Korporat KIAS iaitu :

  • Unit Pembangunan Insan dan Bahasa
  • Unit Kolaborasi
  • Pusat Kursus Pengajian Ilmu-ilmu Islam
  • Unit Latihan dan Keusahawanan
  • Unit Komersial
  • Sekretariat
 

MISI

Memacu pembangunan ekonomi dan membentuk sahsiah modal insan melalui lapangan pendidikan.

 VISI

Menjadi organisasi sokongan kepada KIAS dalam mengintegrasikan Ilmu Naqli dan Aqli.

 

OBJEKTIF

  1. Membina dana sambilan sebagai satu saluran pendapatan sampingan KIAS
  2. Mengkomersialkan Bahagian Korporat KIAS agar dapat memberi impak yang besar kepada bakal pelanggan dari dalam atau luar Negara
  3. Membina hubungan dan jaringan kerja yang lebih mantap dan kukuh
  4. Meningkatkan kemahiran modal insan yang kukuh melalui kemahiran dan integrasi ilmu duniawi dan ukhrawi.
  5. Mengembalikan tradisi keilmuan Islam dalam masyarakat setempat di Negeri Kelantan Serambi Mekah.
 

PERANCANGAN MASA DEPAN

  1. Membuat perancangan awal dengan mengeluarkan jadual program tahunan. Perancangan selama setahun telah siap dirangka bagi memudahkan aktiviti promosi
  2. Mengadakan kursus-kursus persediaan menghadapi peperiksaan kepada para pelajar di sekolah-sekolah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Merangkumi pelbagai subjek di semua peringkat peperiksaan (SPM, STAM, STPM dan lain-lain.
  3. Mengadakan kursus persediaan ke Timur Tengah.
  4. Menjadi pusat kepada kursus-kursus atau ceramah dalam bidang pengajian Islam. Bahagian korporat bertindak sebagai perantara / promoter. Contohnya pencarian penceramah untuk sesi tazkirah bulanan di mana-mana agensi. Pihak yang berkenaan boleh menghubungi pihak Bahagoan Korporat untuk mengaturkan calon yang sesuai bagi mengendalikan sesi tersebut
  5. Kerjasama KIAS-AeU. Meneruskan kerjasama akademik dengan pihak AeU Universiti melalui program Pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD). Di samping itu, mengadakan juga kursus-kursus jangkamasa pendek yang turut ditawarkan oleh pihak AeU kepada KIAS.
  6. Mengadakan kursus-kursus lain mengikut keperluan semasa contohnya kursus pengurusan masjid, research methodology, bengkel solat bestari dan lain-lain mengikut permintaan