Pengenalan Program Pengajian

 

Untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran di KIAS berjalan 
dengan baik di samping menitikberatkan masalah moral dan juga akhlak, 
KIAS menyediakan kursus-kursus pengajian yang dikendalikan oleh jabatan 
masing-masing sebagaimana berikut:

A.  JABATAN SYARIAH

Jabatan Syariah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan-urusan pelajar 
yang mengikuti pengajian Syariah. Penawaran program Syariah 
diharap mampu memberi kefahaman yang jelas terhadap syariat 
Islam di samping menghayatinya dalam segenap lapangan kehidupan. 
KIAS telah berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan semasa di 
dalam bidang Syariah dengan menubuhkan Jabatan Syariah di samping 
jabatan-jabatan lain. Jabatan Al-Syariah ditubuhkan bersama dengan jabatan
Usuluddin dan Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah. Kursus-kursus di Jabatan 
Al-Syariah bertujuan untuk memperkenalkan Syariat Islam sebagai 
cara hidup dan melahirkan ilmuan yang mampu mendepani cabaran 
semasa serta membimbing manusia ke jalan yang diredhai oleh 
Allah s.w.t di samping menganjurkan program-program seperti 
seminar, kolokium dan sebagainya.

Objektif penubuhan jabatan ini ialah:

  • Melahirkan pelapis ulama’ yang berwibawa di dalam bidang Al-Syariah
    dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah.
  • Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu dalam bidang
    Al-Syariah supaya mereka mampu hayatinya dalam kehidupan mereka.
  • Memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia
    (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung
    pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di dalam bidang Al-Syariah.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan 
syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta 
dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang mengawal
dan memperakukan program-program yang ditawarkan di peringkat IPT supaya
mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai sebuah program pengajian tinggi
di peringkat IPT, disamping mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang
sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus 
di peringkat Diploma iaitu:

        i.  Diploma Al-Syariah (A9179)

Aktiviti Jabatan :

  1. Penganjuran Seminar di peringkat Kebangsaan dan Negeri Kelantan 
    seperti Seminar Pentadbiran Tanah Menurut Perspektif Islam, Seminar 
    Jenayah Remaja dll.

  2. Penganjuran Kursus-kursus Praktikal Peringkat KIAS yang berkaitan 
    Ibadat seperti Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Penyembelihan dsb.

  3. Penerbitan Buku Ilmiah & Risalah Jabatan Al-Syariah.

  4. Lawatan sambil belajar yang berkaitan dengan subjek seperti Lawatan
    ke Mahkamah Syariah, Penjara dan sebagainya.

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan Pembantu Pegawai Syariah di mana-mana
    pejabat pentadbiran samada sektor awam atau swasta.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang Al-Syariah seperti menjadi 
    tenaga pengajar, guru agama dan sebagainya.

  3. Berpeluang menjadi pelapis para da’ie yang berkelayakan dan berwibawa.

  4. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Al-Syariah di peringkat 
    yang lebih tinggi.


B.  JABATAN USULUDDIN


Tidak dapat diragui bahawa tuntutan Islam mengutamakan kesempurnaan 
aqidah dan kesejahteraan umatnya. Suatu perkara yang menjadi 
tuntutan utama Islam yang patut diambil perhatian yang sungguh-sungguh 
ialah memperkenalkan aqidah Islamiyyah sebagaimana yang disarankan
di dalam al-Quran dan al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kerana itulah KIAS pada
peringkat permulaan lagi telah mewujudkan Jabatan Usuluddin disamping 
Jabatan Syariah dan Jabatan al-Dakwah Wal Qiadah.

Jabatan ini memberi tumpuan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan
aqidah, perbandingan agama, pengajian falsafah, tarikh Islam, aliran 
pemikiran semasa disamping lain-lain kursus seperti tafsir, hadith, fiqh, 
muamalat hadithah, bahasa Arab, ilmu mantiq dan manahij al-bahth.

Objektif penubuhan jabatan ini ialah:

  • Berusaha ke arah mencapai tujuan penubuhan jabatan ini dan 
    juga untuk penyebaran ilmu-ilmu Islam yang lebih luas.
  • Memberi peluang kepada pelajar yang memiliki Sijil 
    Menengah/Tinggi Agama untuk menyambung pengajian 
    mereka ke peringkat tinggi di dalam bidang Usuluddin.
  • Memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu dalam
    bidang Usuluddin supaya mereka mampu hayatinya dalam 
    kehidupan mereka.
  • Melahirkan ulama’ yang berwibawa di dalam bidang Usuluddin
    dan mampu membimbing masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus bagi program Diploma adalah bersesuaian dengan 
syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta 
dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil 
kira kesesuaiannya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar 
dan lain-lain universiti. Jabatan Usuluddin menawarkan satu program 
pengajian, iaitu:

i. Diploma Usuluddin (A9178)

Aktiviti Jabatan :

1. Seminar Hadis/Tokoh Peringkat Negeri Kelantan.

2. Kolukium Ilmu-Ilmu Usuluddin.

3. Lawatan Akademik ke Jakim dan Institut Kajian Hadis KUIS.

4. Retreat Jabatan Usuluddin.

5. Ijtima' Tahunan Nabi Bakkah untuk pemilihan ajk baru.

6. Kem pantas Usul Fiqh.

7. Diskusi Ajaran Sesat oleh Wakil JHEAIK.

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran
    di sektor awam dan swasta.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di bidang Usuluddin seperti 
    menjadi pendidik, pensyarah, guru agama dan sebagainya.

  3. Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan dan berwibawa.

  4. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin di 
    peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) 
    dan Doktor Falsafah (Ph.D).

C.  JABATAN AL-DAKWAH WAL QIADAH


Tanggungjawab mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah 
daripada kemungkaran merupakan satu kewajiban yang tidak akan 
ada penyudahnya. Oleh itu usaha-usaha ke arah melahirkan para
pendakwah yang berwibawa merupakan satu keperluan yang perlu 
disempurnakan.

Penubuhan Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah adalah bagi menampung 
sebahagian daripada kehendak di atas. Sebenarnya jabatan ini 
merupakan kesinambungan kepada Ma'ahad Ad-Dakwah Wal Imamah
yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan diserapkan di bawah KIAS
disamping Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin. Semoga melalui 
penubuhan jabatan ini, KIAS suatu masa nanti dapat membekalkan 
para juru dakwah yang berkebolehan dan memahami uslub dakwah
yang sebenar diserata ceruk rantau demi mengembalikan semula
kegemilangan Islam.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Mewujudkan satu jabatan yang khusus bagi bidang dakwah dan 
    qiadah (kepimpinan)  disamping memberi peluang kepada pelajar-
    pelajar yang memiliki SPM atau STAM untuk menyambung pengajian
    ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang berkenaan.
  • Membekalkan pelajar-pelajar dengan ilmu-ilmu Islam dan 
    pengetahuan yang berbagai jenis dalam bidang aqidah dan 
    syari'ah, seterusnya mengaitkan ilmu-ilmu tersebut dengan
    realiti masyarakat.
  • Membentuk generasi yang berkebolehan dalam bidang 
    kepimpinan dan penyebaran dakwah mengikut petunjuk al-Qur'an
    dan As-Sunnah disamping melahirkan pendakwah-pendakwah yang
    terlatih.

 

Aktiviti Jabatan :

  • Penganjuran Seminar di peringkat Kebangsaan dan Negeri
    Kelantan seperti seminar Dakwah masa kini, Cabaran 
    Dakwah Moden dan Metodologi Dakwah.
  • Penganjuran kursus-kursus Praktikal Peringkat KIAS seperti
    program Dakwah Orang Asli, Dakwah Malam Tahun Baru yang
    diadakan melalui kerjasama badan-badan NGO dan badan-badan 
    Kerajaan.
  • Lawatan sambil belajar yang berkaitan dengan subjek seperti
    Lawatan ke tempat Saudara baru, anak-anak yatim dan IPT-IPT
    yang terlibat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajar dijabatan ini adalah bersesuaian dengan 
syarat-syarat yang ditentukan oleh jabatan Pendiddikan Swasta dan
Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira 
kesesuaiannya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan
lain-lain universiti. Jabatan Al-Dakwah Qal Qiadah menawarkan dua 
program pengajian, iaitu:

i. Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah (A9180)
ii. Sijil Pengajian Islam (A8175)

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat
    pentadbiran di sektor awam dan swasta.

  2. Menjadi imam di masjid-masjid di seluruh negara dan
    menjadi pendidik di bidang Dakwah seperti pensyarah, 
    guru agama dan sebagainya.

  3. Berpeluang menjadi para da’ie yang berkelayakan terutama
    kepada umat Islam di Malaysia termasuk orang-orang asli.

  4. Bagi pelajar-pelajar lepas program Sijil Pengajian Islam, 
    mereka berpeluang menjawat mana-mana jawatan kerajaan 
    dan juga swasta dengan skim gaji yang sama dengan skim 
    peringkat STPM sebagai perakuan yang telah diberikan dan
    dikeluarkan oleh pihak JPA kepada pihak Kolej.

  5. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Dakwah
    di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Sarjana (M.A) dan 
    Doktor Falsafah (Ph.D).

D.  JABATAN BAHASA ARAB


Jabatan Bahasa Arab ditubuhkan pada 1 Jun 2006 iaitu jabatan pengajian 
keempat bagi program Diploma di KIAS. Ia dilengkapi dengan sebuah 
Makmal Bahasa yang canggih yang dapat membantu pelajar bahasa 
memahirkan diri dalam pemahaman, pendengaran dan pertuturan 
Bahasa Arab. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan
graduannya cekap dan mantap dalam berbahasa Arab dan yang paling
pentingnya dapat menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk 
    menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam
    bidang Bahasa Arab.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang 
    pentingnya Bahasa Arab khususnya di era globalisasi.
  • Supaya pelajar dapat menguasai Bahasa Arab dan menjadikan
    mereka ingin terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan
syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan  Swasta dan
Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQA), disamping mengambil kira 
kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan lain-lain
universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:

i. Diploma Bahasa Arab (A6798)

 

Aktiviti Jabatan :

  1. Menjalankan program-program untuk menarik minat para pelajar
    di sekolah-sekolah yang terpilih.

  2. Menjalankan kursus-kursus pemantapan Bahasa Arab kepada 
    pelajar-pelajar yang menunggu keputusan SPM.

  3. Membuat lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah terpilih untuk 
    menjalankan aktiviti-aktiviti penggunaan Bahasa Arab di kalangan
    pelajar.

  4. Kem celik Bahasa Arab.

  5. Kursus Intensif Bahasa Arab.

  6. Bengkel Penggunaan Kamus Secara Berkesan.

  7. Menghantar untuk membuat praktikal penggunaan Bahasa Arab
    di luar negara.

  8. Membimbing pelajar untuk berinteraksi dengan DJ Radio IKIM 
    dengan menggunakan Bahasa Arab dalam slot "Ihda'".

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran 
    di sektor awam dan swasta.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan 
    yang sesuai seperti mengguna Bahasa Arab, pembantu 
    penterjemah Bahasa Arab dan lain-lain sektor pekerjaan
    yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat dan negara
    sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan pengajian 
    fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa 
    Arab di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat Ijazah
    Sarjana Muda (B.A), Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).

E.  JABATAN AL-QURAN DAN HADIS


Jabatan Al-Quran dan Hadis ditubuhkan pada 1 Jun 2010 iaitu jabatan 
pengajian kelima bagi program pengajian Diploma di KIAS. Jabatan ini 
dibuka untuk memberi peluang kepada mana-mana pelajar lepasanSPM
yang layak untuk menyambung pengajian mereka di Peringkat Diploma 
dalam pengajian Al-Quran dan Hadis. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus 
yang membolehkan graduannya lahir sebagai tenaga separa cekap dalam
bidang pengajian Al-Quran dan Hadis dan yang paling penting adalah dapat 
menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi. 
Program-program yang ditawarkan di Jabatan ini boleh dikatakan sebagai
program-program yang baru kerana program-program seperti ini masih 
ditawarkan di peringkat IPT sebagai sebuah program yang mendapat 
perakuan akreditasi daripada pihak kerajaan Malaysia seperti Diploma 
Tarannum.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk 
    menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam
    bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang kepentingan
    Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum khususnya di era globalisasi
    sekarang ini.
  • Kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program-program ini 
    diharap dapat membimbing para pelajar supaya dapat menguasai
    bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan Tarannum serta mendorong mereka
    supaya terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan 
syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta 
dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang 
mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan 
di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan 
sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping
mengambil kira kesesuaianya dengan bidang ilmu itu sendiri. Jabatan ini
menawarkan kursus di peringkat Diploma iaitu:

i. Diploma Tahfiz Al-Quran (PA 10090)
ii. Diploma Qiraat dan Tarannum (PA 9599)

 

Aktiviti Jabatan : 

Tarikh
Tajuk
Perkara
Jun 2013

Kem Huffaz 1

(Peringkat Diploma)

Mendedah, melatih dan memberi keyakinan kepada para mahasiswa/wi diploma KIAS tentang kaedah penghafalan Al-Quran.

Sasaran - Mahasiswa/wi KIAS

Jun 2013
Klinik Al-Fatihah

Memperbetulkan kesilapan bacaan yang berlaku dengan tidak sengaja atau tanpa disedari dan mempelajari bacaan surah al-Fatihah dengan rasa lebih yakin.

Sasaran - Masyarakat dan KIAS.

November 2013
Ceramah Motivasi Quran Peringkat KIAS

Program ini perlu untuk mengikis budaya pesimis pelajar terhadap subjek Al-Quran.

Sasaran - Mahasiswa/wi KIAS

Januari 2014

Kem Huffaz 2

(Peringkat Ijazah)

Mendedah, melatih dan memberi keyakinan kepada para mahasiswa/wi tentang kaedah penghafalan Al-Quran.

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran
    di sektor awam dan swasta sesuai dengan skim perjawatan 
    peringkat Diploma di dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Qiraat dan
    Tarannum.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan 
    yang sesuai seperti menjadi imam II di masjid-masjid, di samping
    menjawat jawatan sebagai pembantu pegawai agama di 
    Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta lain-lain sektor 
    pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat 
    dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan 
    pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Tahfiz 
    Al-Quran, Qiraat, Tarannum di peringkat yang lebih tinggi 
    sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A), Sarjana
    (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


F.  JABATAN MUAMALAT


Jabatan Muamalat ditubuhkan pada 1 Jun 2010 iaitu jabatan pengajian 
keenam bagi program pengajian peringkat Diploma di KIAS. Jabatan
ini dibentuk untuk mengendalikan urusan-urusan pelajar yang mengikuti 
Diploma Kewangan Islam. Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang
membolehkan graduannya separa cekap dan mantap dalam bidang
kewangan Islam dan yang paling pentingnya dapat menyambung 
pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat untuk 
    menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di 
    dalam bidang Muamalat.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang
    pentingnya Pengajian Muamalat khususnya di era globalisasi.
  • Supaya pelajar dapat menguasai bidang Muamalat dan 
    menjadikan mereka ingin terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian dengan
syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta 
dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi yang
mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan 
di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan
sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping
mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti 
al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di 
peringkat Diploma iaitu:

i. Diploma Kewangan Islam (PA 10175)

Aktiviti Jabatan :

Tarikh
Tajuk
Perkara
7 & 8 Feb 2014

Perkampungan Intelek Bersiri

Memotivasi pelajar ke arah kecemerlangan fizikal dan mental.
Mac 2014
Syarahan Bersiri Pembangunan potensi akademik dan ke professional anda dalam masyarakat KIAS.
April 2014
Lawatan Kerja Menimba pengalaman daripada Institusi PengajianTinggiAwam / Swasta dan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program diploma di bawah Jabatan Muamalat.
April 2014
Latihan Industri Lawatan Penyelia Latihan kepada pelajar secara praktikal dan mematangkan mereka dalam urustadbir kewangan Islam.
Jun 2014
Minggu Thaqafi dan Taakhi Penerapan nilai moral yang cemerlang dan thaqafah yang mantap pelajar.
Okt 2014
Seminar Jabatan Muamalat Mengadakan seminar berkaitan dengan Instrumen kewangan Islam terkini
Dis 2014
Program Diploma Takaful Menyediakan modul program Diploma Takaful

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran 
    di sektor awam dan swasta dalam bidang muamalat dan kewangan
    Islam.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan
    yang sesuai dan lain-lain sektor pekerjaan yang berkaitan 
    yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sesuai dengan 
    langkah kerajaan memperkenalkan pengurusan perbankan
    Islam dan muamalat.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Bahasa 
    Arab di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat 
    Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


G.  PROGRAM KERJASAMA KUIN-KIAS


Jabatan Muamalat ditubuhkan pada 1 Jun 2009 iaitu jabatan pengajian 
ketujuh bagi program pengajian di KIAS. Jabatan ini ditugaskan untuk 
menjalankan urusan-urusan pelajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda 
Usuluddin (4+0) dan juga Ijazah Sarjana Muda Syariah (4+0). 
Jabatan ini membekalkan kursus-kursus yang membolehkan 
graduannya cekap dan mantap dalam bidang pengajian Usuluddin 
dan juga Syariah kerana menggunakan bahasa pengantar Bahasa 
Arab samada dalam bidang Usuluddin dan juga Syariah.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyediakan peluang pengajian kepada pelajar yang berminat 
    untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di 
    dalam bidang Usuluddin dan juga Syariah.
  • Mendedahkan dan memberi maklumat kepada pelajar tentang 
    pentingnya Pengajian Usuluddin dan juga Syariah terutamanya
    di era globalisasi sekarang ini.
  • Membimbing para pelajar supaya dapat menguasai bidang 
    Usuluddin dan juga Syariah dan menjadikan mereka ingin
    terus belajar tanpa had masa dan tempat.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian
dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi 
Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi 
yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan
di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan 
sebagai sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping
mengambil kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti 
al-Azhar dan lain-lain universiti. Jabatan ini menawarkan kursus di 
peringkat Ijazah Sarjana Muda secara berkembar iaitu:

i. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian 
(Kerjasama 4+0) Dengan KUIN (PA 10596)
ii. Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian 
(Kerjasama 4+0) Dengan KUIN (PA 10609)

 

Aktiviti Jabatan :

  1. Membuat lawatan ke kampus utama KUIN sebagai lawatan sambil
    belajar.

  2. Menyertai KUIN di dalam seminar-seminar yang dianjurkan.

  3. Menganjurkan motivasi pelajar terutamanya bagi pelajar-pelajar
    Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (4+0) dan juga pelajar-pelajar
    Ijazah sarjana Muda Syariah (4+0). Pelajar-pelajar dari 
    program ini akan menyelesaikan pengajian mereka selama 
    empat tahun di KIAS untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda 
    dalam bidang masing-masing tanpa perlu menyambung pengajian
    mereka ke IPT-IPT yang lain.

 

Prospek Kerjaya :

  1. Berpeluang menjawat jawatan di mana-mana pejabat pentadbiran
    di sektor awam dan swasta setaraf dengan pemegang-pemegang
    Ijazah Sarjana Muda yang lain yang diiktiraf oleh Jabatan 
    Perkhidmatan Awam Malaysia.

  2. Berpeluang mengisi guna tenaga di pelbagai sektor pekerjaan
    yang sesuai dengan bidang Usuluddin, Syariah dan lain-lain
    sektor pekerjaan yang berkaitan yang diperlukan oleh masyarakat
    dan negara sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan 
    pengajian fardhu ain dan Bahasa Arab di sekolah.

  3. Berpeluang menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin 
    dan Syariah di peringkat yang lebih tinggi sehingga ke peringkat
    Sarjana (M.A) dan Doktor Falsafah (Ph.D).


H.  PUSAT KHIDMAT AKADEMIK


Jabatan Khidmat Akademik ditubuhkan sebagai penyelaras kepada 
kursus-kursus guna sama yang ditawarkan pada semua program 
pengajian seperti kursus-kursus Wajib MQA, Wajib Kolej dan 
kursus-kursus elektif. Usaha ini adalah untuk melahirkan graduan
yang bukan sahaja mampu menguasai bidang yang dipelajari tetapi 
mereka juga dilatih dengan ilmu-ilmu kemahiran yang lain sebagai 
tambahan dan pelengkap kepada ilmu yang mereka pelajari di dalam 
jabatan masing-masing di samping ilmu-ilmu asas major yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej untuk setiap program yang ditawarkan. 
Usaha yang dilakukan ini untuk melihat bahawa graduan-graduan 
yang dilahirkan di KIAS bukan sahaja mantap dari sudut ilmu yang 
dipelajari oleh mereka, tetapi mereka juga mempunyai penampilan 
dan syakhsiah yang baik serta mampu berdaya saing untuk 
menangani pelbagai masalah yang mereka hadapi semasa mereka
berkerjaya kelak.

Objektif penubuhan jabatan ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:

  • Menyelaras perjalanan kursus-kursus guna sama untuk setiap
    program seperti Al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Jahitan,
    Khat, Falak, Kewartawanan, Wajib MQA dan sebagainya supaya
    berjalan dengan baik.
  • Menjalankan kursus-kursus ke arah meningkatkan lagi 
    penguasaan para pelajar di dalam kursus-kursus guna sama 
    seperti di atas.
  • Memastikan para pelajar supaya dapat menguasai kursus-kursus
    yang ditawarkan dengan baik bukan semata-mata untuk 
    pencapaian akademik mereka, tetapi ia juga sangat 
    bermanfaat untuk pembangunan masa depan dan kerjaya 
    mereka kerana sebahagian yang ditawarkan adalah kursus-kursus
    kemahiran.

Kursus Jabatan:

Kursus-kursus yang diajarkan di jabatan ini adalah bersesuaian
dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi
Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai sebuah agensi 
yang mengawal dan memperakukan program-program yang ditawarkan
di peringkat IPT supaya mencapai tahap yang telah ditetapkan sebagai 
sebuah program pengajian tinggi di peringkat IPT, disamping mengambil 
kira kesesuaianya dengan fakulti yang sama di Universiti al-Azhar dan
lain-lain universiti. Walau bagaimanapun Jabatan ini tidak menawarkan 
program pengajian tertentu kerana ia lebih kepada kursus-kursus guna 
sama untuk semua program yang ditawarkan oleh KIAS. Kumpulan subjek 
guna sama yang dipantau oleh Jabatan ini adalah sebagaimana berikut:

        i.    Al-Quran dan Tajwid
        ii.   Bahasa Arab.
        iii.  Bahasa Inggeris.
        iv.  Subjek-subjek Wajib MQA seperti Bahasa Kebangsaan A, 
              Pengajian Islam dan 

              Pengajian Malaysia.
        v.   Subjek-subjek Elektif seperti Jahitan, Khat, Kemahiran
              IT Lanjutan, Falak, Kewartanan, 
Bahasa Cina, Qiraat 
             dan Keusahawanan.

Aktiviti Jabatan :

  1. Menjalankan kursus-kursus intensif Bahasa.

  2. Menangani pelajar-pelajar yang lemah di dalam kursus-kursus 
    yang dijalankan dengan menganjurkan bengkel-bengkel pemulihan.

  3. Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk membuat 
    pemilihan di dalam kursus-kursus elektif.

  4. Mengadakan Bengkel Bahasa AL-Quran kepada para pelajar 
    lulusan UPSR yang ingin melanjutkan ke Tingkatan 1 di sekolah 
    Maahad Indera Putera.

 

Prospek Kerjaya :

  1. Dengan adanya kemahiran tambahan yang diberikan kepada 
    para pelajar, graduan-graduan KIAS mampu memenuhi pelbagai
    bentuk kerjaya semasa berada bersama dengan masyarakat.

  2. Pelajar-pelajar dapat menggunakan kemahiran jati diri dengan 
    baik.

  3. Para pelajar dapat membuktikan bahawa mereka 
    mempunyai kemahiran yang berbeza dengan graduan-graduan
    lain di samping mempunyai syakhsiah yang tinggi.

  4. Para pelajar dapat membuktikan bahawa bidang yang mereka ceburi, 
    bukannya satu bidang yang sempit dan terbatas tetapi bidang-bidang 
    berkenaan mampu berinteraksi dengan bidang-bidang yang lain dengan baik.