MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) ANTARA UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UC BESTARI) KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)                          

Pada 24 Rabiulawal 1442H bersamaan 10 November 2020 (Selasa) jam 10.00 pagi, majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara University College Bestari (UCB) dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah diadakan secara dalam talian (online).  

 

Tujuan MoA di antara UCB dan KIAS diadakan untuk menjalinkan kerjasama akademik antara kedua-dua belah pihak.  Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor (Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti) dan YBhg. Prof Dr. Sulaiman bin Yamin (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) (Pemangku Naib Canselor) dan barisan kepimpinan tertinggi UCB manakala pihak KIAS dihadiri oleh YABrs Prof Dr Ab. Aziz bin Mohd Zin (Ketua Eksekutif KIAS), YBrs. Dr Mohd Ramizu bin Abdullah@Zakaria (Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik), pengurusan tertinggi dan Ketua Jabatan KIAS.

 

Pihak KIAS amat bersyukur atas usaha ini sehingga dapat diadakan satu perjanjian (MoA) sebagaimana yang dijadualkan.  Diharapkan perjanjian ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua pihak terutamanya dalam membangunkan modal insan yang memenuhi keperluan negara.

 

 

Dikemaskini pada:         10 November 2020

Oleh:                            SITI JULIANI BINTI MAT JUSOH

                                     Pegawai Khas Kepada Ketua Eksekutif KIAS