KUNJUNGAN MAHABBAH KELAB SENI, SASTERA DAN BUDAYA (KSSB) KE PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PERPADUAN MASYARAKAT, KEBUDAYAAN, WARISAN DAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN

 

Tarikh:  03 Rabiul Awal 1442H bersamaan 19 Oktober 2020

Masa:   10.00 pagi sehingga 11.20 pagi

Tempat: Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim

Wakil KSSB: Tuan Siti Mastazameatun Binti Long Tuan Kechik (Penasihat 1 KSSB), Ahmad Mujahideen Bin Haji Yusoff (Penasihat 2 KSSB) , Abdullah Hakim Bin Ab Rahman (Wakil  MT KSSB)

 

Kelab Seni, Sastera dan Budaya (KSSB) merupakan sebuah kelab yang dikelolakan di bawah Unit Kokurikulum, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dalam melakukan usaha-usaha menyemarakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan seni, sastera dan budaya. Di antara aktiviti yang terlibat ialah teater/drama, dikir barat, pengucapan puisi/syair/pantun dan penulisan kreatif. Melihat kepada siginifikasi KSSB di dalam menyokong program-program kesenian, kesusasteraan dan kebudayaan di negeri Kelantan, maka satu kunjungan mahabbah telah dilakukan ke Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Wakil KSSB telah membuat perbincangan bersemuka dengan YB Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam bin Ab Rahman tentang perancangan KSSB di dalam pelaksanaan teater patuh syariat. YB Mejar (B) Dato' turut memberikan input yang berkaitan pelaksanaan program-program seni dan budaya di Kelantan yang telah dimurnikan bagi mematuhi syariat Islam seperti wayang kulit, menora, main puteri dan makyong. Di samping itu, YB Mejar (B) Dato' telah memberikan sokongan dan galakan dalam bentuk sumbangan dana kepada KSSB agar perancangan yang telah disusun mampu direalisasikan dan hasilnya adalah bermanfaat kepada generasi pelapis bangsa dalam kalangan masyarakat setempat dan luar. Selepas kunjungan tersebut, wakil KSSB berbesar hati kerana diberikan peluang bertemu YABrs. Dato' Dr. Johari bin Mat, Pengerusi Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG). Dalam pertemuan harmoni tersebut telah dibincangkan beberapa bentuk kerjasama yang boleh diadakan antara pihak KSSB dengan pihak IPTG dalam masa terdekat dan juga pada masa akan datang. Diharapkan dengan dua pertemuan yang bermakna ini akan memberikan sesuatu yang positif demi mencapai matlamat yang telah digarapkan. Semoga pertemuan ini mendapat rahmat dan berkat daripada Ilahi.

 

 

Dilaporkan oleh,

TUAN SITI MASTAZAMEATUN

BINTI LONG TUAN KECHIK

Penasihat 1

KSSB

19/10/2020

(Dari kiri) Wakil KSSB, Saudara Abdullah Hakim; Penasihat 2 KSSB, Dr. Ahmad Mujahideen; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB Mejar (B) Dato' Haji Md Afnizam; Penasihat 1 KSSB, Pn. Tuan Siti Mastazameatun.

(Dari kanan) Wakil KSSB, Saudara Abdullah Hakim; Penasihat 2 KSSB, Dr. Ahmad Mujahideen; Pengerusi Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), YABrs. Dato' Dr. Johari bin Mat; Penasihat 1 KSSB, Pn. Tuan Siti Mastazameatun.