MAJLIS PENYERAHAN BIASISWA BANK RAKYAT KEPADA PENSYARAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) BAGI MEMBIAYAI PENGAJIAN DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH

 

TARIKH:

 

12 SAFAR 1442H / 30 SEPTEMBER 2020 (RABU)

MASA:

12.00 TENGAHARI

TEMPAT:

JERAM MENGAJI AGRO RESORT, SELISING, PASIR PUTEH

 Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menyampaikan penyerahan mock cheque sumbangan biasiswa daripada Bank Rakyat kepada pensyarah KIAS bagi membiayai pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD). 

Pada 14 november 2018, memorandum persefahaman telah ditandatangani di antara Bank Rakyat dan KIAS. Hasil daripada MoU tersebut, pihak Bank Rakyat telah bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada tiga (3) pelajar dan dua (2) pensyarah KIAS bagi tahun 2018.

Pada tahun ini pula, pihak Bank Rakyat juga bersetuju untuk menawarkan biasiswa pada kali kedua kepada sembilan (9) pensyarah KIAS bagi membiayai pengajian PhD.  Setakat ini, jumlah keseluruhan sumbangan daripada pihak Bank Rakyat kepada KIAS adalah sebanyak RM276,440.00.  Keseluruhannya, seramai 14 orang telah mendapat manfaat daripada sumbangan ini.

Majlis penyerahan mock cheque biasiswa Bank Rakyat telah disaksikan oleh YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi merangkap Pengerusi Majlis KIAS.

Sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua pihak terutamanya pihak KIAS sendiri.