Institut Bahasa Antarabangsa KIAS ke Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (KCK), Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan

24 September 2019 (Selasa)

10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari

 

Ziarah penandaarasan modul, sesi kedua (2), bagi program-program yang bakal ditawarkan oleh Institut Bahasa Antarabangsa KIAS telah dengan jayanya dilaksanakan ke USM pada hari ini. Motif utama ziarah berjaya dicapai melalui perbincangan terbuka dengan wakil daripada pihak USM. Pihak Institut Bahasa Antarabangsa KIAS mengucapkan terima kasih kepada pihak  Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (KCK), Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan di atas kerjasama dan layanan mesra kepada delegasi kami.

 

Sokongan daripada pihak USM kepada KIAS terhadap penubuhan institusi ini adalah amat dihargai. Semoga usaha ini membuahkan hasil kepada kejayaan pelaksanaan program-program yang telah dirancang untuk ditawarkan.

 

Dilaporkan oleh,

PENYELARAS

INSTITUT BAHASA ANTARABANGSA

KIAS

24/9/2019