Institut Bahasa Antarabangsa KIAS ke Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan

23 September 2019 (Isnin)

10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari

Ziarah penandaarasan modul bagi program-program yang bakal ditawarkan oleh Institut Bahasa Antarabangsa KIAS telah dengan jayanya dilaksanakan ke UMK pada hari ini. Pihak Institut Bahasa Antarabangsa KIAS mengucapkan terima kasih kepada pihak  Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan di atas kerjasama dan layanan mesra kepada delegasi kami.

Diharapkan agar usaha ini mendapat sokongan warga KIAS dan penubuhan institut ini juga akan berjaya disempurnakan mengikut perancangan.

 

Dilaporkan oleh,

PENYELARAS

INSTITUT BAHASA ANTARABANGSA

KIAS

23/9/2019