Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur (RTEx) 2019 telah diadakan pada 31 Julai 2019 hingga 1 Ogos 2019 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Konvensyen ini adalah anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur.

Konvensyen ini telah disertai oleh 69 Team Excellence dari pelbagai syarikat dan industri tanahair. Team Excellence telah dibahagikan kepada 4 stream (kumpulan A hingga D) selama 2 hari konvensyen berlangsung. Team Excellence  yang mewakili KIAS adalah pertama kalinya dihantar untuk bertanding. Kumpulan ini telah dinamakan sebagai KIAS’ Victory.  Syukur ke hadrat Ilahi, kumpulan KIAS’ Victory telah berjaya merangkul penarafan Emas di konvesyen RTEx 2019 kali ini.


Kumpulan KIAS’ Victory mula ditubuhkan pada 16 Mei 2018. Keanggotaan adalah seperti berikut:

Ketua Kumpulan

:

Puan Tengku Badariah binti Tengku Yahya

Setiausaha

:

Encik Che Shukri bin Che Musa

Pemudahcara

:

Encik Mohd Faizul Aziz bin Kamil

Ahli

:

Puan Syahidatul Akmal binti Faizi

 

:

Puan Siti Juliani binti Mat Jusoh

 

:

Puan Nasibah binti Hassan

 

:

Dr Ahmad Mujahideen bin Yusoff

 

Kumpulan ini telah diwujudkan bagi mengenalpasti masalah dan perlu mencari penyelesaian secara inovasi ke arah penjimatan sumber dan meningkatkan kepuasan pelanggan. Rasional pihak MPC mengadakan pengiktirafan ini adalah untuk mendorong organisasi menggunakan sumber-sumber dalaman secara optimum bagi mengekalkan daya saing mereka.

Persembahan projek adalah mengikut kriteria dan markah penilaian persembahan bagi kumpulan yang mengambil bahagian. Kriteria berkenaan adalah Pengenalan Projek (50 markah), Pemilihan Projek dan Definisi (150 markah), Analisis Peluang Penambahbaikan (250 markah), Cadangan Pelaksanaan Kreatif dan Inovatif (200 markah), Pemantauan dan Piawaian (100 markah), Pencapaian dan Penciptaan Nilai (200 markah) dan Persembahan (50 markah).

Penarafan Emas yang dirangkul kumpulan KIAS’ Victory adalah bagi projek inovasi e-Class. Projek inovasi e-Class yang dibangunkan adalah suatu sistem tempahan dan paparan status penggunaan kelas yang ada di KIAS. Melalui sistem ini, kemudahan diberikan kepada semua pihak untuk mengetahui status penggunaan kelas walau dimana mereka berada. Sistem ini juga menyediakan kemudahan kepada semua pensyarah dan kakitangan pengurusan untuk membuat tempahan ataupun pindaan kelas.

  

 

Penarafan kumpulan KIAS’ Victory diharapkan dapat memberikan idea dan semangat kepada semua  kakitangan KIAS ke arah penubuhan kumpulan-kumpulan baharu bagi mewakili KIAS pada masa akan datang. Insyallah.

 

 

Dilaporkan oleh,

Tengku Badariah binti Tengku Yahya