Diminta para graduan untuk memuatturun buku panduan melalui pautan (di bawah):

 >>> MUAT-TURUN <<<

 

JAWATANKUASA JEMPUTAN & PROTOKOL

ISTIADAT KONVOKESYEN KIAS KALI KE-21


 MAKLUMAT URUSAN BERKAITAN BAYARAN KONVOKESYEN

  1. Semua graduan DIWAJIBKAN membuat bayaran Yuran Konvokesyen sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Sahaja) bagi yang akan menghadiri konvokesyen manakala yang tidak menghadiri konvokesyen pula sebanyak RM80.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Sahaja).
  2. Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 22 Ogos 2019.
  3. Mana-mana graduan yang masih mempunyai tunggakan yuran pengajian, hendaklah menjelaskan baki tunggakan yuran pengajian tersebut. Graduan yang tidak menjelaskan keseluruhan baki yuran pengajian, tidak akan diberikan transkrip akademik dan diploma sehingga yuran tersebut diselesaikan.
  4. Kaedah Bayaran:
    1. TUNAI - Bayaran menggunakan tunai boleh dibuat secara terus di Bahagian Kewangan KIAS. Sila sediakan wang kecil yang mencukupi.
    2. "BANK IN" Di Bank Islam (M) Berhad
      1. Slip pembayaran boleh didapati di Kaunter Bank Islam dan perlu diisi dengan lengkap serta diserahkan di Kaunter Bank Islam untuk tujuan pembayaran. (Rujuk Contoh Di Bawah):
      2. Pelajar perlu memastikan maklumat pembayaran adalah betul dan lengkap sebelum meninggalkan kaunter bank.
      3. Satu salinan slip pembayaran mesti diserahkan kepada Bahagian Kewangan KIAS secara serahan kaunter semasa datang untuk mengambil jubah konvokesyen.
    3. EFT dan IBG - Pembayaran secara EFT dan IBG mestilah disertakan dengan jelas butiran yang lengkap seperti di bawah:
      1. Nama Pelajar
      2. Nombor Matrik Pelajar
      3. Nombor Telefon
    4. CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) - Pelajar yang menggunakan “Cash Deposit Machine” (CDM) perlu juga menyerahkan 1 salinan slip pembayaran di Bahagian Kewangan KIAS secara serahan kaunter semasa datang untuk mengambil jubah konvokesyen.

 


MAKLUMAT URUSAN JUBAH KONVOKESYEN

  1. Urusan pengambilan set pakaian konvokesyen di Bilik Jubah KIAS dalam tempoh 2 hari waktu bekerja sebelum Istiadat Konvokesyen berlangsung. Setiap Graduan HENDAKLAH mengemukakan:
    1. Borang Permohonan meminjam pakaian konvokesyen
    2. Borang gambar graduan
    3. Slip kajian pengesanan graduan
    4. Resit bayaran Konvokesyen
    5. Slip Pengesahan kehadiran graduan 
  2. Kaunter Pengambilan seperti jadual berikut :-

JADUAL PENGAMBILAN PAKAIAN KONVOKESYEN

Tarikh

Masa

Tempat

21hb Ogos 2019 (Rabu)

 9.00 pagi – 1.00 tengahari

 Rehat

2.00 petang – 4.00 petang

 Bilik Jubah KIAS

22hb Ogos 2019 (Khamis)

 9.00 pagi – 1.00 tengahari

Rehat

2.00 petang - 3.00 petang

 23hb Ogos 2019 ( Jumaat)

 CUTI AM

 24hb Ogos 2019 (Sabtu)

 DITUTUP (RAPTAI)

       

 

  1. Graduan dinasihatkan untuk mengambil set pakaian konvokesyen lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan stok saiz jubah yang agak terhad. Pengambilan di saat akhir akan menimbulkan kesilapan atau tersalah ambil.
  2. Graduan DIBENARKAN mewakilkan individu lain untuk mengambil pakaian konvokesyen. Setiap wakil terhad kepada pengambilan 2 set pakaian konvokesyen termasuk untuk dirinya sendiri.
  3. Setiap wakil perlu mengemukakan perkara berikut :-
    1. Surat Jemputan Graduan
    2. Borang wakil peminjaman pakaian konvokesyen
    3. Borang Permohonan meminjam pakaian konvokesyen
    4. Borang gambar graduan
    5. Slip kajian pengesanan graduan
    6. Resit bayaran Konvokesyen
    7. Slip Pengesahan kehadiran graduan
  1. Pemulangan pakaian konvokesyen seperti jadual berikut :- 

 Pemulangan Pakaian Konvokesyen

 Tarikh 

Masa

 Tempat

 26hb Ogos 2019 ( Isnin)

 9.00 pagi – 1.00 tengahari

Rehat

2.00 petang – 4.00 petang

 Bilik Jubah KIAS

 

 27hb Ogos 2019 (Selasa)

 9.00 pagi – 1.00 tengahari

Rehat

2.00 petang - 4.00 petang

  1. Tempoh Peminjaman
    1. Graduan diberi tempoh peminjaman sehingga pada 27hb Ogos 2019 (Selasa).
    2. Caj kelewatan akan dikenakan dan dikira bemula dari tamat tempoh peminjaman (28hb Ogos 2019 - Rabu) dengan kadar RM 10.00 sehari tidak termasuk hari cuti am.
    3. SURAT PERINGATAN akan dikeluarkan selepas tempoh 30 hari ( caj kelewatan dikira ). Caj kelewatan tetap akan dikira bermula dari tarikh lewat sehingga graduan membuat pemulangan.
    4. Pihak Kolej BERHAK mengambil tindakan undang-undang sekiranya graduan masih gagal memberikan maklumbalas dan tindakan memulangkan apabila tamat tempoh 30 hari dari tarikh surat peringatan dikeluarkan.
  1. Kadar caj gantirugi sekiranya hilang atau rosak set pakaian konvokesyen seperti berikut :-
    1. Jubah konvokesyen - RM 200.00
    2. Ribbon Jubah - RM 10.00
    3. Songkok - RM 30.00
    4. Lace Songkok / Tudung - RM 15.00

*** Disertakan bersama salinan borang untuk tindakan para graduan.

Sekian, terima kasih.

 Disediakan oleh: Jawatankuasa Jubah Istiadat Konvokesyen KIAS kali Ke 21/2019

  1. Makluman Jadual Pengambilan Dan Pemulangan Jubah Konvokesyen
  2. Borang Peminjaman Pakaian Konvokesyen
  3. Borang Wakil Peminjaman Pakaian Konvokesyen
  4. Borang Wakil Pemulangan Pakaian Konvokesyen