Pertandingan Team Excellence KIAS 2019 telah diadakan pada 29 April 2019 bersamaan 22 Syaaban 1440H di DK8, KIAS, Nilam Puri, Kelantan.

Dua buah kumpulan telah menyertai pertandingan ini iaitu kumpulan KIAS’ Victory dan QUASAF. Panel jemputan adalah dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Negeri Kelantan dan Terengganu. Masing-masing adalah Pn. Kartin Haslinda Bt Che Mat dan En. Mahadi bin Hasbullah.

Pertandingan ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik, iaitu Dr Yeop Husin Bin Bidin. Pertandingan bermula jam 2.30 petang dan tamat pada 5.30 petang. Jemputan untuk memeriahkan pertandingan adalah disertai oleh pensyarah dan wakil dari setiap jabatan dan unit di KIAS di mana mereka hadir untuk mendapatkan pendedahan kepada konsep Team Excellence yang telah lama menjadi amalan di organisasi-organisasi di seluruh Malaysia.

Kumpulan KIAS’ Victory telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan ini dan meletakkan Kumpulan QUASAF sebagai Naib Johan. Penganugerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S kepada KIAS bagi tahun penilaian 2018 juga telah disampaikan pada hari ini oleh En. Mahadi Bin Hasbullah sebagai wakil MPC dan disaksikan oleh Puan Kartin Haslinda Binti Che Mat kepada Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik, Dr. Yeop Husin Bin Bidin bersama dengan Timbalan Pendaftar, Puan Norizan Binti Ismail dan juga Ketua Unit Jaminan Kualiti, Puan Tuan Siti Mastazameatun Binti Long Tuan Kechik.

Diharapkan agar beberapa penglibatan KIAS dalam program-program kualiti dan inovasi ini akan memberikan satu impak yang lebih positif dalam kerja-kerja yang dilaksanakan di KIAS, di samping meningkatkan produktiviti pekerjaan ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

 

Dilaporkan oleh,

TUAN SITI MASTAZAMEATUN BINTI LONG TUAN KECHIK

Ketua Unit Jaminan Kualiti 

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

KM12, Jalan Kuala Krai,

Peti Surat 68, Nilam Puri,

15730 Kota Bharu,

Kelantan

 

No. Tel: 609-712 9386, 712 9387

Faks: 609-712 9444

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.