BULETIN MARCH 2018
 
KUNJUNGAN INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI, BATU SANGKAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA.

Tarikh : 20 Mac 2018
Tempat : Bilik Mesyuarat KIAS
Tujuan :

Kerajaan Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat dari Institut Agama Islam Negeri, Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia pada 19 hingga 21 Mac 2018.  Ekoran daripada Perjanjian Persefahaman di antara IAIN Batu Sangkar dan KIAS pada 18 November 2016, maka salah satu agenda kunjungan hormat tersebut adalah lawatan ke KIAS.  Kunjungan ini bermatlamat mengukuhkan persaudaraan dan menjalin hubungan strategik dalam bidang pendidikan.