BULETIN MARCH 2018
 
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) KIAS DAN UTM.

Tarikh : 18 Mac 2018
Tempat : Bilik Mesyuarat KIAS
Tujuan :

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah berjaya dilaksanakan di KIAS. KIAS dan FTI UTM akan bekerjasama dalam penawaran pengajian MASTER/SARJANA dalam semua bidang Pengajian Islam dengan Pusat Pengajiannya di KIAS.

MoA tersebut ditandatangani oleh Prof. Ir. Dr. Zainuddin Abd. Manan (Timb. Naib Cancelor Akademik dan Antarabangsa UTM) dan Prof. Dr. Ab Aziz bin Md Zin (Ketua Eksekutif KIAS) dengan disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Arief Salleh bin Rosman (Dekan FTI UTM) dan Ust Muhammad Amiri bin Abdul Ghani (Ketua Pegawai Korporat KIAS).

Majlis dilanjutkan dengan sesi taklimat umum oleh Prof. Dr. Badlihisham bin Mohd Nasir (Mantan Tib. Dekan Fakulti Tamadun Islam UTM) dan Dr. Aminuddin bin Hehsan (Penyelaras Program Pascasiswazah UTM).