BULETIN DISEMBER 2017
 
LAWATAN MANTAN TIMBALAN CANSELOR UM KE KIAS.

Tarikh : 17 Disember 2017 (Ahad)
Tempat : Bilik Mesyuarat KIAS
Tujuan :

Lawatan Ringkas dengan Mantan Timbalan Canselor Universiti Malaya, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hashim Yaacob yang ditemani adik beliau En. Zulkifli Yaacob dan En. Zaim Zulkifli.

Kedatangan beliau ke KIAS adalah sebagai lawatan mesra dengan Ketua Eksekutif KIAS, YBrs. Prof. Dr. Abdul Aziz bin Mohd. Zin pada awal pagi. Kemudian, sesi lawatan beliau disambung dengan perbincangan mesra antara TKHEA, YBrs. Dr. Yeop Hussin bin bidin, KJ Dakwah Wal Qiadah, Ust. Mohd. Saiba bin Yaacob, serta pensyarah KIAS yang aktif dalam Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) Cawangan Negeri Kelantan iaitu Tn Hj. Abdullah Awang, Pn. Tuan Siti Mastazameatun binti Long Tuan Kechik dan Pn. Rosnani binti Ripin.

Perbincangan adalah berkaitan dengan kedudukan semasa KIAS dan kegiatan PENYAIR di Kelantan.

Pengalaman dan nasihat yang dikongsi oleh YBhg. Prof. Dato' amat berharga dan diharapkan agar kunjungan ini dapat memberikan impak positif kepada pengembangan pencapaian KIAS pada masa hadapan. Insha Allah.