Rektor UIM, Dr. Hateem Hasan AlMarzuki berkata, pelajar yang terpilih berpeluang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk pengajian Islam, Bahasa Arab, Sains Gunaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi.  Beliau berkata, selain kos pengajian yang ditanggung sepenuhnya, pihaknya juga menyediakan kemudahan asrama dan makanan percuma serta elaun bulanan dengan jumlah keseluruhan RM100,000 setiap pelajar.

"Kami pada awalnya merancang untuk memberi biasiswa kepada 10 pelajar sahaja tetapi sambutan dan layanan yang baik sepanjang berada di sini menyebabkan kami menambah kepada 25 tempat.  "Kami menganggap semua pelajar Islam yang datang dari seluruh dunia sebagai anak-anak kami sendiri. "Sejak UIM diasaskan pada 1961, lebih 600 pelajar dari Malaysia berjaya bergraduasi dan ketika ini seramai 250 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di sini," katanya.